Ramai nak berjaya dalam bisnes dan dapat duit banyak, tapi lupa nak buat satu benda ni. Meh saya share satu rahsia yang 100% semua jutawan ada.
Saya dapat ILMU ni dan saya rasa patut kongsi. Biar semua orang tahu dan semua berjaya.
Pernah tak fikir kenapa ada orang senangnya dapat duit sebulan sampai RM100,000 atau RM1 juta, dan kita ni nak dapat macam tu struggle? Kalau dapat pun, nak repeat semula tu susah.
Bukan sebab kita tak ada ILMU. Macam-macam kelas dah pergi, so ILMU tu dah FULL.
TAPI...
Yang kita kurang adalah tanggungjawab, atau bahasa mudah faham, kita kurang SEBAB, "why" kita perlukan sesuatu tu.
Macam ni. Contoh anak datang minta RM10. Biasanya soalan pertama kita akan tanya:
“Nak buat apa?”
Bila anak jawab:
“Nak beli air kotak coklat.”
Kita pula tahu harga air tu RM3 je. Confirm kita akan jawab:
“RM3 je harga, so buat apa minta RM10? Ni hah RM3, ambik.”
Gitu lah maksud tanggungjawab / sebab tu. Kita minta sejuta, tapi persoalannya, betul ke kita perlukan sejuta tu atau sebenarnya RM50k je kita perlukan?
So, kalau nak sejuta, sebab tu kena jelas. Umpama anak tadi. Minta RM10, tapi bila ditanya dia jawab:
RM3 untuk air.
RM4 untuk nasi goreng.
RM3 untuk belanja kawan.
Bila sebab tu besar dan tepat, maka dapatlah RM10 tu.
Dapat sesuatu tak?
Oleh:
Cikgu Sudirman @ CS